Search


Rapat Hari Kebangsaan 2012 – Ucapan Bahasa M...

  • Share this:


Rapat Hari Kebangsaan 2012 – Ucapan Bahasa Melayu

PM telah berucap tentang hala tuju Singapura dan bagaimana masyarakat Melayu/Islam boleh maju bersama negara. Beliau berkata bahawa kita harus terus amalkan dasar berbilang kaum dalam menghadapi isu-isu negara demi mengekalkan Singapura sebagai kediaman yang terbaik untuk keluarga kita di masa hadapan.

Beliau menyeru agar kita terus berusaha untuk meningkatkan pembangunan masyarakat Melayu/Islam, supaya kita dapat maju bersama sebagai satu bangsa.

Sambil memberi beberapa contoh belia yang cemerlang, beliau juga mengatakan bahawa para belia Melayu/Islam telah menunjukkan prestasi yang baik dan mengikut jejak langkah pemimpin masyarakat yang berjaya.

PM menambah bahawa pemerintah akan menyokong usaha masyarakat Melayu/Islam untuk meningkat maju, termasuk usaha mengekalkan budaya Melayu, tetapi masyarakat harus manfaatkan sepenuhnya sokongan itu.

Demi memastikan masyarakat Melayu/Islam akan terus menjalani transformasi, dan meningkat ke tahap yang lebih tinggi, PM juga mengingatkan bahawa selain membimbing golongan yang berkebolehan, kita juga harus bantu mereka yang susah, dan galakkanlah yang sederhana supaya meningkatkan prestasi.

Menggulung ucapannya, beliau berkata masyarakat Melayu/Islam adalah bahagian penting dalam masa depan Singapura dan berharap agar masyarakat Melayu/Islam dapat berjaya sebagai sebuah Masyarakat Cemerlang dalam negara yang bersatu padu.


Tags:

About author
not provided
On this page I talk about the things I’m doing and thinking about, but I would also like to hear from you, about what we can do together for Singapore.
View all posts